Rayuan Penurunan Cukai Taksiran Tahunan Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
31 July 2009: Pengumpulan Tandatangan Untuk Rayuan Penurunan Cukai Taksiran Tahunan Majlis Perbandaran Seremban (MPS)- Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Persatuan Penduduk Emerald Park (EPRA) sedang berusaha untuk mendapatkan pengurangan Cukai Taksiran Tahunan daripada MPS. Pada masa ini, cukai taksiran yang dikenakan adalah sebanyak RM514.80 setahun.
- Melalui maklumbalas daripada penduduk-penduduk Emerald Park, jumlah cukai yang dikenakan adalah tinggi berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Seremban 2. Selain daripada itu, mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MPS di kawasan Emerald Park tidak begitu memuaskan.
- Oleh itu, satu kempen untuk mengambil tandatangan akan dilaksanakan oleh EPRA. Para penduduk diminta memberi kerjasama untuk menurunkan tandatangan pada ruang yang disediakan di dalam borang rayuan. Proses ini akan dilaksanakan di Balai Pengawal semasa dan akan diselia oleh Ahli-ahli Jawatankuasa EPRA dan dibantu oleh Ketua Pengawal Keselamatan bertugas mulai 1 Ogos 2009.
- Para penduduk adalah diminta memeberi kerjasama dan sokongan untuk menjayakan matlamat ini demi kebaikan bersama. Kerjasama semua pihak dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.